Lebih 50 Ribu penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan penampilan pertama di laman sendiri bekas pemain skuad kebangsaan England, Jesse Lingard bersama kelab Liga Korea iaitu FC Seoul.

Baru-baru ini, FC Seoul turun menentang turun menentang Incheon United dalam saingan liga dan Lingard memulakan perlawanan di bangku simpanan dimana beliau kemudiannya dimasukkan pada separuh masa kedua.

Perlawanan ini nyata mendapat sambutan hangat dari peminat tuan rumah dimana selain hadir ke stadium, ada diantara mereka yang sanggup beratur selama dua jam bagi membeli barangan rasmi pemain itu yang mana pihak kelab menyediakan satu tempat khas bagi menjual merchandise Lingard.

Jesse Lingard
Tempat khas yang disediakan hanya untuk menjual barangan Jesse Lingard

Apabila dimasukkan, setiap sentuhan Lingard disambut dengan penuh keterujaan oleh peminat dan salah sebuah gerakan istimewanya nyata memberi kegembiraan kepada peminat yang hadir ke stadium.

Pada minit ke-83, bekas pemain Manchester United itu mempunyai peluang yang baik untuk untuk menjaringkan gol, tetapi merembat rembatan kali pertamanya tinggi melepasi pintu gol lawan.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0 dimana Lingard berpendapat beliau sepatutnya menyempurnakan peluang yang dimiliki dan menghadiahkan tiga mata bagi pasukannya.

“Kita sepatutnya memenangi perlawanan ini. Saya mempunyai peluang yang baik untuk menjaringkan gol namun gagal berbuat demikian. Banyak yang kita pelajari dari perlawanan ini. Semua tentang mentaliti dan pemikiran untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Kehadiran penyokong seramai 51,670 itu mencatat sejarah sebagai kehadiran tertinggi dalam sejarah saingan Liga Korea. Sebelum ini, 60,747 penyokong memenuhi Stadium Piala Dunia Seoul untuk perlawanan “Hari Kanak-kanak” menentang Seongnam pada 2010.

Rekod kehadiran saingan Liga Korea sebelum ini dicatat pada 2018, apabila pertembungan FC Seoul dengan Daegu menarik perhatian seramai 45,007 orang.