Bekas pemain sayap Manchester United dan skuad kebangsaan England, Jesse Lingard semakin hampir untuk menyertai kelab Liga Korea Selatan.

Perkara ini dikongsikan oleh Fabrizio Romano menerusi laman TikTok miliknya dimana kelab yang dimaksudkan ialah FC Seoul.

Baca Juga:

“Jesse Lingard sudah sedia untuk mencuba pengembaraan baharu dimana ejen bebas ini akan menandatangani kontrak bersama kelab Korea Selatan iaitu FC Seoul.

“Persetujuan sudah diraih dimana kontrak selama dua tahun dan butiran akhir sedang dipersiapkan dan Lingard akan menghadapi perjalanan baharu dalam kariernya,” kata Romano.

@fabrizioromano

SOUTH KOREAN MOVE! 🤯🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿🇰🇷

♬ suono originale – Fabrizio Romano

Pemain berusia 31 tahun itu kali terakhir beraksi di peringkat profesional ialah pada musim 2022/23 bersama Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lingard kemudiannya meninggalkan Forest pada awal musim 2023/24 dimana beliau turut memecat ejennya setelah gagal mendapatkannya kelab selepas bergelar ejen bebas.

Sebelum ini, Lingard mendapat tawaran dari Arab Saudi dan juga Turkey namun beliau gagal mencapai kata sepakat terutamanya mengenai gaji.

Lingard hampir menyertai Al Ettifaq pada Oktober tetapi perjanjian itu gagal mencapai kata putus. Kegagalan ini menjadi salah satu sebab mengapa Lingard memutuskan untuk mengakhiri semua hubungan dengan ejennya untuk menuju ke arah baharu awal bulan ini.

Perlawanan terakhir Lingard adalah pada April bersama Forest dimana dia membuat 20 penampilan dan menjaringkan dua gol musim lalu selepas menandatangani perjanjian selama 12 bulan.

Sebelum berkhidmat di Forest, Lingard pernah menjalani tempoh pinjaman yang cemerlang dengan West Ham pada 2021, menjaringkan sembilan gol dalam 16 perlawanan.

Lingard memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa bersama Manchester United, di mana dia membuat 232 penampilan dan mempunyai 32 penampilan bersama England.