Ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann mengkritik kelab yang bersaing di Liga Korea kerana tidak memberikan peluang yang cukup untuk pemain muda beraksi.

Perkara ini dikongsikan oleh Korea Football News di laman media sosial X dimana pengendali dari Jerman itu meluahkan kekecewaan beliau mengenai sikap kelab di sainga liga bola sepak negara itu yang tidak mesra pemain muda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kalau Lee Kang-in itu beraksi di Korea pada usia beliau 18 tahun, maka dia tidak akan mempunyai peluang untuk beraksi di peringkat tinggi,” katanya.

Pada masa yang sama, Jürgen Klinsmann tidak memandang rendah kemampuan dua lawannya iaitu Singapura dan juga China yang akan dihadapi pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia dalam masa terdekat.

Korea merupakan pasukan yang menduduki ranking FIFA tertinggi dalam kumpulan C dengan berada di tangga ke-24 diikuti China (No. 79), Thailand (No. 112) dan Singapura (No. 155).

“Anda harus mengambil serius semua lawan. Mereka mempunyai kualiti untuk beraksi. Minda kita perlu berada di tempat yang betul. Kita perlu tampil dengan sangat tajam dari awal.

“Apabila anda menjangkakan pasukan lawan akan lebih bertahan, anda harus membuat rentak dari awal. Jangan tunggu sehingga lewat dalam permainan untuk berfikir anda boleh tampil dengan lebih laju dan mudah-mudahan menjaringkan gol. Anda perlu dari awal sangat cepat dan fokus, dan cuba menjaringkan gol pertama,” tambahnya.

Bagi kelayakan Piala Dunia, 36 negara telah dibahagikan kepada sembilan kumpulan dengan empat kumpulan pada pusingan kedua. Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan tersebut akan mara ke pusingan ketiga, di mana mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan enam pasukan dalam setiap kumpulan.

“Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan menempah tiket ke Piala Dunia 2026, yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Pasukan tempat ketiga dan keempat daripada ketiga-tiga kumpulan itu masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri pada pusingan keempat.

Piala Dunia 2026 akan menjadi edisi pertama yang menampilkan 48 negara, meningkat daripada 32 negara sebelum ini.