Pengurus FC Seoul, Kim Gi-dong berang dengan sikap yang ditunjukkan oleh salah seorang pemai bintang pasukannya iaitu Jesse Lingard dalam satu perlawanan saingan Liga Korea baru-baru ini.

FC Seoul turun menentang Jeju United dalam saingan liga di laman sendiri dan kelab itu mencari kemenangan pertama bagi saingan musim 2024.

Baca Juga:

Dalam perlawanan tersebut, Gi-dong memutuskan untuk meletakkan Jesse di bangku simpanan, sama seperti ketika pemain itu membuat penampilan pertama di laman sendiri ketika menentang Incheon United minggu lalu.

Bekas pemai sayap Manchester United itu dimasukkan pada separuh masa kedua dan prestasi yang ditampilkan oleh beliau nyata tidak disenanangi oleh pengurus pasukan.

Menurut laporan Korean Football News, Gi-dong melabel Jesse sebagai pemalas kerana seolah-olah mengelak untuk terlibat dalam duel ketika perlawanan sedang berlangsung.

“Walaupun dia masuk sebagai pemain gantian, dia tidak bekerja keras dan selalu mengelak ketika ada pertembungan. Namanya yang mungkin ada nilai tidak bermakna apa-apa di atas padang. Saya akan beritahu perkara ini kepada dia,” katanya

Minggu lalu, lebih 50 Ribu penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan penampilan pertama Jesse Lingard di laman sendiri ketika menentang Incheon.

Perlawanan ini nyata mendapat sambutan hangat dari peminat tuan rumah dimana selain hadir ke stadium, ada diantara mereka yang sanggup beratur selama dua jam bagi membeli barangan rasmi pemain itu yang mana pihak kelab menyediakan satu tempat khas bagi menjual merchandise pemain itu.

Kehadiran penyokong seramai 51,670 itu mencatat sejarah sebagai kehadiran tertinggi dalam sejarah saingan Liga Korea. Sebelum ini, 60,747 penyokong memenuhi Stadium Piala Dunia Seoul untuk perlawanan “Hari Kanak-kanak” menentang Seongnam pada 2010.

Rekod kehadiran saingan Liga Korea sebelum ini dicatat pada 2018, apabila pertembungan FC Seoul dengan Daegu menarik perhatian seramai 45,007 orang.