Ketika ini tular di media sosial mengenai video seorang peniaga yang didakwa mempromosi makanan berupa donut dengan aksi lucah sehingga mengundang pelbagai kecaman dalam kalangan warga maya.

Menerusi video tular berdurasi 3 minit 17 saat itu, peniaga tersebut menjual donut susu menggunakan dialog “berayaq, berayaq, jet lagi” sambil membuat mimik muka ghairah bermata putih yang dikatakan mempunyai unsur tidak senonoh.

Baca Juga:

Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan itu dan menyifatkan ia sungguh memalukan serta tidak mencerminkan adab sebagai orang islam.

“Sorry la bang, saya ni bukan orang baik-baik atau alim ulama tapi apa yang saya tahu nak berniaga biar la cara beradab tanpa unsur-unsur soft porn.

“Bagi abang benda ni normal, menarik perhatian tapi mungkin wallahualam/nauzubillah rezeki tu tak berkat sebab tiada adab. Maaf ye sebab bukan budaya/agama kita ajar macam ni, banyak je gimik lain tapi tu la ni jugak yang dipilihnya,” tulis seorang pengguna facebook.

Jijik Dan Memalukan! Tindakan Peniaga Promosi Donut Dengan Aksi Lucah Undang Kecaman

Kaedah promosi jualan dengan teknik berunsur lucah atau ‘double meaning‘ semakin menjadi pilihan sesetengah peniaga untuk menarik perhatian pelanggan.

Walaupun makanan yang dijual memang sedap namun tidak semestinya perlukan promosi berunsur lucah untuk menarik perhatian ramai kerana ia tidak sesuai dipertontonkan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Khairul Amin adalah contoh terbaik yang menjadi pilihan warga maya bagaimana cara untuk mempromosi makanan dengan kreatif tanpa melanggar batas demi menjaga kesopanan dan imej perniagaan.