Siapa sangka di sebalik pilihan perisanya yang berwarna warni dan nampak sedap rupanya bukan apa yang dijangka. Itulah yang terjadi dalam kes ‘donut palsu’ yang terjadi di Pasar Malam Bachok, Kelantan.

Laman Facebook Menarik Kelate Kito telah berkongsikan gambar sebiji ‘donut‘ di yang dikongsi oleh seorang pengguna bernama Ira Suya.

Baca Juga:

Beliau telah membeli donut itu daripada seorang peniaga wanita muda dan terkejut apabila mendapati donut tersebut bukan donut yang sebenar. “Roti burger, kamu potong/cucuk tengah dan jadikan donut. Suya kalau Bab makanan mahal ke, tak sedap ke diamkan diri sahaja. Tapi ini dah kira menipu,” tulisnya.

.
Suya bukan satu-satunya ‘mangsa’ penjual donut palsu situ. Berkongsi di Facebook, Fatimah Mulyati juga terbeli donut tersebut kerana menurutnya, ia nampak cantik dan menyelerakan.

“Pergi fun fair di Pantai Irama Bachok malam tadi. Tengok donut bukan main lagi warna warni menarik. Belilah sebiji perisa strawberry, sekali anak gigit ROTI BURGER! RM3 hinggit sebiji.

“Patah balik ke gerai dia nak confirmation kot la dia cakap “Eh kito jual roti celup coklat bukan donut”. Ha,oklah lagi walaupun memang rupa sebiji macam donut tebuk tengah kan. Rupanya tidak, peniaga cakap itu memang donut,” terang Fatimah.

Fatimah berkata beliau kecewa terhadap peniaga tersebut yang tidak jujur dan menasihati peniaga lain agar tidak buat niaya kepada orang ketika urusan jual beli.

Semoga menjadi pengajaran buat para peniaga supaya sentiasa jujur dalam berniaga. Sekiranya meniaga roti celup coklat, labelkan ia dengan betul supaya ia tidak mengelirukan pembeli.