Makanan di tepi jalanan sememangnya mudah didapatkan, lalu menjadi pilihan orang ramai yang bergegas mahu dapatkan makanan dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun selepas tular satu klip video di laman X, netizen Indonesia kembang tekak melihat seorang peniaga jalanan meludah ke dalam bahan-bahan masakan yang akan dijual kepada pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam klip video yang dimuat naik X @Heraloebss, seorang penjual siomay (ladu ikan) dirakam melalui CCTV berhampiran meludah ke dalam bekas tomato dan kuali masakannya.

Peniaga tersebut melakukan perbuatan jijik itu sambil melihat keadaan sekeliling untuk mengelakkan daripada dilihat oleh orang awam.

Hantaran video berdurasi 14 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen Indonesia. Ramai yang berasa kecewa selepas melihat perbuatan peniaga jalanan terbabit.

 

Ramai berasa pelik masih ada lagi peniaga yang berbuat perkara terkutuk seperti sedemikian.

Tambah netizen Indonesia lagi, oleh sebab perkara-perkara sebeginilah membuat orang ramai berat hati untuk membeli makanan di jalanan sebagai sokongan buat peniaga-peniaga kecil.

Secara tidak langsung, perkara itu menyebabkan peniaga-peniaga lain yang jujur turut terkena tempias atas perbuatan jijik penjual siomay terbabit.

Sumber