Pemilik minoriti Manchester United, Jim Ratcliffe terus memperkenalkan lebih banyak peraturan yang membolehkan kelab itu untuk berjimat dari segi wang.
Baru-baru ini, menurut laporan Centre Goals di laman X, Jim mengarahkan pemain untuk membasuh dan menjaga jersi sendiri bagi memastikan ia boleh digunakan semula.
Baca Juga:
- Manchester United Akan Turun Menentang Asean All Stars Di KL
- ‘Big Money’ – Ini Jumlah Wang Diraih Manchester United Dalam Kunjungan Ke Malaysia
- Ini Yang Ten Hag Rindukan Tentang Manchester United
BREAKING: Sir Jim has ordered players to try to ‘maintain their game kits this season’ (wash and reuse after every match) in a further effort to cost cuts by reducing kit production for players.
Via (@DavidOrnstern) pic.twitter.com/eegcIV2Y6z
— Centre Goals (@centregoaI) February 26, 2025
Sebab Jim Ratcliffe Perkenalkan Peraturan Mengenai Jersi

Faktor utama mengapa Jim Ratcliffe memperkenalkan peraturan sedemikian adalah beliau mahu pemain untuk menggunakan semula jersi dan mengurangkan pengeluaran jersi baharu untuk pemain.
Pada penghujung Februari, United mengesahkan pusingan kedua pemberhentian pekerja yang akan menyebabkan sehingga 200 kakitangan kehilangan pekerjaan.
Walaupun membawa hasil yang besar daripada pendapatan komersial, hari perlawanan dan penyiaran, United telah kehilangan lebih daripada £300 juta dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Jurulatih dan pemain muda Man United dilaporkan menangis di tengah-tengah pemberhentian kerja di akademi kelab itu dipetik dari laporan media di England.
Menurut laporan Daily Mail, gelombang awal pemotongan staf termasuk beberapa jurulatih dalam akademi kelab.
Laporan itu mendakwa jurulatih akademi yang dihormati telah dimaklumkan bahawa mereka mungkin kehilangan pekerjaan pada Julai.
Jurulatih dilaporkan menangis selepas diberitahu, dengan beberapa pemain muda dikatakan terkesan dengan perkara ini manakala pemain akademi lain berusaha untuk menghiburkan anggota kakitangan.
Sebelum ini, pengurus pasukan iaitu Ruben Amorim menegaskan pasukan utama memikul tanggungjawab berat untuk meningkatkan pendapatan sekaligus dilihat sebagai “enjin” kelab.

Salah satu cara untuk melakukan meningkatkan pendapatan ialah bermain perlawanan di luar negara. Kelab itu bersedia untuk kembali ke Amerika Syarikat pada musim panas depan sebagai sebahagian daripada kejohanan pramusim yang akan bermula pada akhir Julai, selepas Piala Dunia Kelab berakhir.
Manchester United akan diuji oleh pasukan yang dibarisi oleh Asean All Stars dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Menurut laporan NST, bekas juara Liga Perdana Inggeris itu akan turun beraksi pada 28 Mei dan Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai venue perlawanan.