Bagi mereka yang pernah membaca kisah di zaman Nabi Musa, pasti tahu tentang kisah laut terbelah 2 sewaktu Nabi Musa melarikan diri dari Firaun dan tenteranya.
Bagaimana jika kami katakan laut terbelah 2 ini wujud di Korea Selatan?
Ya, fenomena laut terbelah 2 ini berlaku di Pulau Jindo, Korea Selatan. Ia dikatakan berpunca dari pertembungan mendadak arus air pasang dan air surut hingga menyebabkan paras air turun hingga 7 meter dari paras asal!
Apabila fenomena ini berlaku, satu laluan sepanjang 3 km terbentuk dari Hoedong hingga ke Pulau Modo. Selain dari itu, laluan juga terbentuk sejauh hingga 40 km ke 60 km menghubungkan Pulau Jindo dan pulau-pulau lain di sekitarnya.
Fenomena ini berlaku 3 kali setahun iaitu antara bulan Mac hingga Julai. Disebabkan sambutan hangat oleh penduduk tempatan dan pelancong asing terhadap fenomen ini, kerajaan Korea Selatan telah mengambil inisiatif menganjurkan “Jindo Yeongdeung Festival”.
Dianggarkan hampir 1 juta warga tempatan dan pelancong asing membanjiri festival ini setiap kali ia di anjurkan.
Selain dari untuk melihat fenomen ini, ada juga di kalangan pengunjung mengambil peluang mengutip kerang dan rumpai laut.
Wah! Rasa teruja pula nak ke Korea Selatan! Tapi sebelum tu kami nak ingatkan – fenomena laut terbelah 2 ini hanya berlaku selama 1 jam saja sehari, antara jam 5 ke 6 petang. Jadi jika anda bercadang mahu ke festival ini pastikan anda tidak terperangkap pula sebab sejam tu tak lama ;)
Sumber : ok2.photoshelter.com, DrifitngFocus.com, Visit Korea.or.kr
Like page The Vocket di Facebook.