Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat laporan polis bagi memastikan insiden ceroboh jalan ditutup tidak berulang susulan kemalangan maut di Hulu Terengganu, semalam.

Memetik Free Malaysia Today, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata beberapa tindakan segera yang lain turut diambil JKR bagi kawasan jalan runtuh dari Kilometer (KM) 52 Jalan Kuala Jeneris sehingga Aring (Bukit Kawah).

“Antaranya adalah pemasangan papan tanda amaran dan sekatan konkrit di kedua-dua arah laluan dan pendaftaran maklumat bencana jalan runtuh di portal rasmi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, syarikat konsesi, Roadcare (M) Sdn. Bhd. telah selesai memasang penghadang konkrit merentasi kedua-dua arah, petik Kosmo.

Dua lokasi telah dipasang penghadang konkrit iaitu di KM 44, Jalan Gua Musang-Lojing dan KM 48, Jalan Lojing-Gua Musang.