Selepas disahkan beberapa laluan di sekitar Semenyih menggunakan teknologi ‘glow in the dark’, ramai yang memuji insentif Jabatan Kerja Raya Hulu Langat tersebut kerana boleh menjamin keselamatan pengguna sewaktu di jalan yang gelap.

Terbaharu, Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Kedah sedang melaksanakan projek garisan jalan glow in the dark di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang dan Durian Burung, Padang Terap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumbe Gambar: FB

Walau pun tidak menyatakan perincian lanjut mengenai projek berkenaan di daerah tersebut termasuk jaraknya, namun difahamkan, ia bakal menjadi garisan jalan glow in the dark yang terpanjang di Malaysia buat masa ini.

Sumber Gambar: FB JKR Kedah

Selain itu, ia juga dikatakan menggunakan elemen additive glass beads yang berfungsi sebagai pemantul (reflector). Perkara ini mula dihebahkan menerusi di media sosial lalu tular sehingga menjadi bualan ramai.

Sementara itu, netizen terutamanya warga Kedah sangat kagum dengan inisiatif yang dibawakan oleh kerajaan negeri dalam menjamin keselamatan pengguna jalan raya di sini.

Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB

Malah, mereka turut mencadangkan beberapa lokasi yang dianggap sebagai ‘hotspot’ kerana ketiadaan fasiliti lampu atau sudah rosak. Apa-apa pun, pelaksaan ini sememangnya disambut baik memandangkan ia selaras dengan usaha kerajaan Malaysia yang mahu menggurangkan kadar kemalangan jalan raya sehingga sifar.