Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), João Figueiredo muncul sebagai pemain paling bernilai di saingan liga domestik di Asia Tenggara.

Figueiredo menyertai JDT dari kelab Liga Turki, İstanbul Başakşehir sebelum saingan Liga Malaysia musim 2025-2026 bermula.

Baca Juga:

João Figueiredo Kongsi Kedudukan Dengan Penyerang Buriram

Menurut data yang dikongsi oleh Asean Football, pemain berusia 29 tahun itu berkongsi kedudukan pertama sebagai pemain paling bernilai di rantau Asean dengan penyerang Buriram iaitu Guilherme Bissoli.

João Figueiredo

Tangga ketiga diisi oleh empat pemain iaitu seorang lagi pemain JDT, Nacho Mendez dan bintang Lions City Sailors iaitu Tsiy Ndenge, Bart Ramselaar dan Anderson Lopes.

Pemain yang beraksi di Liga Malaysia, Liga Premier Singapura, Liga 1 Thai dan Liga Vietnam menguasai senarai pemain yang mempunyai nilai pasaran semasa melebihi €1 Juta.

João Figueiredo
Kredit Foto: Selangor FC

Sebelum ini, dua kelab Malaysia berada dalam senarai 10 kelan paling bernilai dalam rantau Asia Tenggara.

Nilai kelab di rantau ini meningkat setiap tahun ekoran prestasi cemerlang pemain sedia ada dan penambahan pemain baharu yang dibawa masuk.

JDT muncul sebagai kelab kedua paling bernilai di Asean dengan nilai €14.10 Juta.

Satu lagi kelab Malaysia iaitu Selangor berada di tangga kelapan dengan nilai semasa €6.56 Juta.