Jo Branko akhirnya mengeluarkan kenyataan balas kepada Awie yang sebelum ini menganggap bekas gitaris Wings itu meletakkan harga terlalu tinggi yang menghalang mereka untuk bersilaturahim.

Awie menyatakan dia sudah mengemukakan tawaran kepada pihak JoBranko bersama dengan kumpulannya, Barbarik beraksi dalam Rock Warrior Music Festival (RWMF).

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Awie terkilan kerana niatnya untuk bersilaturrhim dengan JoBranko tidak dapat direalisasikan kerana pemain gitar Barbarik itu meletakkan harga terlalu tinggi.

Dipetik daripada sumber Harian Metro, Awie berkata: “Dia meletakkan harga tinggi. Sebenarnya, harga yang ditawarkan untuk semua band lain tidaklah serendah mana. Sebenarnya, tujuan pertama kita nakkan silaturahim. Kita beri tawaran itu sebenarnya nak bersilaturahim sebagaimana kita tawarkan kepada yang lain.

“Kita nak berkumpul sebagai keluarga, duduk datang sidang media, buat promosi dan sebagainya. Itu adalah hukum dalam silaturahim.”

JoBranko kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi. Menurutnya, silaturahim itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan konsert. Ianya boleh dilakukan dengan cara ikhlas.

Menetapkan harga adalah perkara biasa dalam mana mana urusan profesional. Dan dia yakin Awie sendiri lebih tahu.

Mengulas tentang bayaran yang diminta oleh Barbarik, JoBranko menegaskan itu berkaitan dengan perniagaan dan komersial dan tiada kaitan sama sekali dengan silaturahim.

Jo berkata kepada mStar: “Jika benar niat mahu bersilaturahim, cara terbaik adalah dengan pendekatan peribadi, bukan melalui tawaran komersial seperti konsert.

“Saya terbuka untuk duduk dengan sesiapa sahaja termasuk Awie, jika tujuan utama adalah untuk memulihkan hubungan lama. Tetapi ianya mestilah dimulakan dengan niat dan tujuan yang tulus ikhlas.”

JoBranko turut terkilan dengan cara Awie, di mana menurutnya, dengan kepesatan teknologi pada hari ini, Awie boleh sahaja menghubunginya secara peribadi menerusi WhatsApp ataupun menelefonnya.

“Tetapi beliau memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan menerusi media dan kemudian mempersoalkan harga yang diletakkan oleh kumpulan Barbarik.”

Di ruangan Facebook, Jo menyifatkan cara Awie adalah tidak profesional kerana mendedahkan kepada umum tentang rundingan harga antara Barbarik dan pihak penganjur.

Jo juga menegaskan dalam perniagaan, harus berpegang kepada konsep ‘Willing Seller willing buyer’, jika kedua dua pihak gagal menyepakati harga, maka harus mencari orang lain yang sesuai dengan budget.

JoBranko menegaskan dia tidak pernah sesekali berniat membuka luka lama. Kerana pihaknya sudah pun melupakan perkara tersebut, dan dia juga yakin Awie dan Wings pun sama.

“Bagi saya, Wings adalah masa lalu dan sejarah saya, dan saya sudah lama moving forward. Tiada keperluan untuk mengungkit kerana semua pihak harus maju ke hadapan dalam kerjaya masing masing tanpa perlu menuding jari. Sebagai seorang Islam, saya sudah lama memaafkan dan melupakan.”

Akhir sekali JoBranko berharap kenyataannya dapat memperbetulkan kenyataan Awie yang jelas berniat tidak baik dan tidak ikhlas dalam bersilaturahim.