Pelawak kelahiran Singapura yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, Jocelyn Chia berkata tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta bantuan Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) untuk mengesannya sebagai satu tindakan yang mengarut.

Jocelyn Chia memberitahu portal BBC bahawa dia ‘tidak mempermainkan tragedi’ dan mangsa, tetapi cuba mencari humor dalam tragedi tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jocelyn yang dibesarkan di Singapura menganggap untuk melibatkan Interpol untuk isu itu merupakan satu tindakan yang ‘mengarut’. Dia berkata jenakanya telah ‘diambil luar daripada konteks dan disiarkan di media sosial’.

“Saya telah melakukan rutin jenaka ini beratus kali bahkan membuat versi yang lebih pendek di Singapura. Ia sentiasa menghiburkan penonton. Saya tidak akan menggunakannya lagi jika ia tidak berkesan,” katanya.

@vocket

Rupanya Jocelyn Chia ni bukan warganegara Singapura dah. Tak patut buat gurauan dengan topik yang sensitif macam tu kan? #vocketnews #vocket #mh370 #jocelynchia #hina #malaysia #kapalterbang

♬ original sound – vocket – vocket

Chia berkata roasting atau membuat jenaka kasar dengan penonton adalah sebahagian daripada budaya kelab komedi di New York, tempat dia berada sekarang. Dia berkata pelawak Amerika pada masa lalu telah menggunakan serangan serangan keganasan 11 September sebagai bahan jenaka mereka.

“Orang Amerika boleh menghargai humor yang lebih tajam, lebih berani, dan lebih bersemangat, berbanding dengan di Asia di mana pentas komedi berdiri masih dalam peringkat awal. Anda tidak akan mendapati banyak komedi yang berani di Asia,” katanya.

Jocelyn dalam video tularnya memperlekehkan Malaysia dan menjadikan MH370 sebagai gurauan dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan melakukan permohonan mendapatkan maklumat dan lokasi terkini pelawak kelahiran Singapura itu.

Acryl berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sumber