Seorang stand-up comedian yang berasal dari Singapura, Jocelyn Chia dikecam rakyat Malaysia selepas perkongsian video dia membuat persembahan di Comedy Cellar, New York menjadikan insiden MH370 sebagai bahan jenaka.
Video berdurasi 1 minit 30 saat itu bermula dengan jenaka di mana sejarah Malaysia berpisah dengan Singapura.
Baca Juga:
- Didakwa Persenda Bahasa Korea Sebagai ‘Jenaka’, Tindakan Pengacara Ini Buat Netizen Kurang Senang
- Sering Persenda Khutbah Bahasa Asing, Video ‘Jenaka’ Fikry Ibrahim Dikecam Netizen
- Ketua Imigresen Malaysia ‘Terasa’ Dengan Jenaka Harith Iskander, Dakwa Info Tidak Tepat
Kemudian pelawak itu menyatakan kapal terbang Malaysia tidak boleh terbang dan mengaitkan dengan insiden kapal terbang ‘hilang’.
“Apa? Malaysian Airlines akan hilang (adalah) tidak kelakar, kan? Beberapa jenaka tidak boleh mendarat. Lawak ini sangat menghiburkan di Singapura” kata pelawak wanita itu
https://www.instagram.com/p/CtJSWJ1g8wV/
Video itu diakhiri dengan sindiran Malaysia sebuah negara yang tidak mempunyai internet, untuk memberikan review buruk kepada dirinya.
Kudsia Kahar merupakan salah seorang individu terawal yang mengecam tindakan pelawak wanita terbabit.
Netizen juga mengecam tindakan pelawak wanita itu yang tidak sensitif dengan perasaan terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden hitam tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, tiada permohonan maaf dibuat. Bahkan Jocelyn berkongsi semula komen-komen yang dikongsikan melalui IG Story yang tag akaun Instagram stand-up comedian tersebut.
Netizen juga menyeru orang ramai untuk membuat laporan kepada semua media sosial milik Jocelyn Chia sebagai satu pengajaran supaya tidak lagi menggunakan isu sensitif sebagai bahan jenaka.