Siapa sini suka selam bundle? Mesti ada daripada anda yang suka membeli barangan bundle tetapi kadang-kadang tidak tahu bagaimana untuk ketahui barangan anda itu berkualiti atau tidak.

Terbaharu, pelakon dan pelawak, Joey Daud atau nama sebenarnya Zulkifli Daud telah berkongsi satu tips bagaimana untuk mengenal pasti seluar jeans yang mahal dan berkualiti kepada beberapa kru penggambaran.

Baca Juga:

@radinamiraffendy

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan @Mr Jowa @eddy.algojo Bila OG share ilmu pasal barang rare 🙌🏼 #joeydaud #wamwamsam #jeans #bundle #fyp #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan #education

♬ original sound – RAA – RAA

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh penyampai radio terkenal iaitu Radin, Joey mengatakan bahawa jika kain di bahagian dalam poket seluar jeans mempunyai corak dan berwarna warni membuktikan seluar tersebut berkualiti dan mempunyai harga yang tinggi.

Susulan itu, jika kain di bahagian dalam poket seluar itu tidak mempunyai apa-apa tulisan dan sekadar berwarna putih maka itu menunjukkan bahawa seluar itu adalah tiruan.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut bagaimana Joey boleh mengetahui perkara terbabit.

Malah, segelintir netizen berterima kasih kepadanya kerana berkongsi ilmu dan mengatakan ini pertama kali mereka melihat Joey serious berkongsi maklumat.