Saban tahun, impian untuk memiliki rumah sendiri terutamanya golongan muda yang bercita-cita untuk memiliki rumah pertama semakin mustahil. Perkara ini disebabkan oleh harga rumah yang semakin meningkat di seluruh Malaysia manakala perancangan untuk menurunkan harga rumah hanya tinggal janji semata-mata.
Oleh itu, banyak perumahan yang sudah dibangunkan namun akhirnya terbiar kosong disebabkan tiada pembeli yang mampu memiliki dengan harga hartanah hari ini.
Menerusi laporan terbaru, Johor muncul sebagai negeri dengan jumlah hartanah tidak terjual tertinggi di Malaysia dengan jumlah sebanyak 6,509 unit bernilai RM4.89 bilion diikuti Pulau Pinang dengan 4,683 unit bernilai kira-kira RM3.66 bilion.
Berdasarkan perkongsian Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar negeri, Jagdeep Singh Deo hanya 347 unit atau 7% rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah gagal dijual manakala bakinya terdiri daripada rumah dengan harga jauh lebih tinggi.
Rumah jenis kondominium atau apartmen antara yang paling banyak gagal dijual di Pulau Pinang iaitu sebanyak 3,872 unit mewakili 83% daripada hartanah tidak terjual di negeri berkenaan.
Oleh yang demikian, kerajaan negeri mengingatkan para pemaju supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya turut memperbanyakkan pembinaan projek perumahan bagi unit di bawah harga RM300,000.
Difahamkan pelbagai insentif seperti pengurangan caj-caj melibatkan pemajuan dan sebagainya dalam menggalakkan pemaju membina rumah mampu milik.
Sebelum ini, terdapat laporan yang memaklumkan Forest City Johor tersenarai sebagai megaprojek paling ‘tidak berguna’ di dunia.
Forest City Johor Tersenarai Sebagai Megaprojek Paling ‘Tidak Berguna’ Di Dunia
Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000