Ketua pasukan kelab Liga Kejuaraan England, Burnley iaitu Josh Brownhill menafikan beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Josh berkata demikian menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya yang mana pemain itu menegaskan beliau tulen lahir di England dan tiada sebarang kaitan dengan Malaysia.

Baca Juga:
- Kapten Burnley FC, Joshua Brownhill Dalam Radar FAM Wakili Harimau Malaya
- ‘Ada Yang Tak Tahu Malaysia Dekat Mana’ – Tunku Mahkota Ismail
- ‘Kelab Kerdil Ini Sekarang Nombor Satu Di Asean’ – Tunku Mahkota Ismail
“Saya hanya mahu membahas mengenai khabar angin yang sedang beredar ketika ini. Malangnya status kewarganegaraan saya hanyalah England dan bukan Malaysia seperti yang orang lain anggap.

“Saya tak pasti bagaimana perkara ini bermula dan hanya mahu menjernihkan keadaan. Tetapi saya mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan,” katanya.
Josh Brownhill mengeluarkan kenyataan selepas mendapat nasihat dari pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.
Tunku Mahkota Ismail menasihati Josh agar beliau mengeluarkan kenyataan yang mana pemain itu tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Malaysia kerana beberapa pihak yang terlalu taksub dengan pemain itu.
“Hi Josh, selamat menyambut Hari Natal. Saya harap anda dan keluarga berada dalam keadaan baik. Saya rasa anda perlu mengeluarkan kenyataan bahawa anda bukan orang Malaysia.
“Negara saya tergila-gilakan tentang anda dan merayu kepada saya agar anda beraksi untuk Malaysia. Ini akan membantu untuk menjernihkan keadaan. Terima kasih,” tulis Tunku Mahkota Ismail dalam satu mesej kepada Brownhill.
Menerusi laman media sosial X miliknya, Tunku Mahkota Ismail menegaskan ada pemain yang tidak tahu mengenai Malaysia, bahkan ada yang menafikan mereka mempunyai pertalian dengan negara ini.
“Yang ada tu apabila ditanya, ada yang
tak tahu pun Malaysia dekat mana. Exact
words was “I’m not Malaysian, and where is Malaysia anyways.” Kami dah buat research dan approach. Tetapi scouting akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi,” katanya.