Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor mendedahkan mengenai situasi pemain warisan yang bakal beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Menerusi laman media sosial X miliknya, Tunku Mahkota Ismail menegaskan ada pemain yang tidak tahu mengenai Malaysia, bahkan ada yang menafikan mereka mempunyai pertalian dengan negara ini.

Baca Juga:

“Yang ada tu apabila ditanya, ada yang
tak tahu pun Malaysia dekat mana. Exact
words was “I’m not Malaysian, and where is Malaysia anyways.”
Kami dah buat research dan approach. Tetapi scouting akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi,” katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail menegaskan bahawa pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya hampir dimuktamadkan.

Menerusi laman media sosial Instagram story miliknya, Tunku Ismail memberikan kriteria yang akan dipenuhi oleh individu yang bakal dilantik.

“Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial,dan hubungan interpersonal dalam bola sepak.

“Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi
merangka hala tuju Harimau Malaya.
Beliau mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya.

“Selain itu, beliau juga perlu berupaya memberi nasihat kepada liga berkenaan dasar-dasar yang boleh secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kedudukan pasukan kebangsaan kerana liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan standard bola sepak Malaysia,” katanya.