Mulai Julai depan, pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan membabitkan tiga jenis notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan disekat daripada melakukan urus niaga di jabatan itu termasuk disenarai hitam mulai Julai akan datang, lapor Buletin TV3.

Tiga jenis notis saman terbabit adalah Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata tindakan lebih tegas itu akan diambil selepas tempoh tawaran kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan itu yang bermula awal bulan ini berakhir 30 Jun depan.

Katanya, sekatan urus niaga dan menyenarai hitam pesalah jalan raya terbabit sehingga mereka membayar saman berkenaan.

JPJ Akan 'Blacklist' Kenderaan Ada Tunggakan Tiga Saman Ini
Sumber Gambar: Bernama via The Sun

“Mereka tidak boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan kenderaan selagi tidak menjelaskan tunggakan saman.

“Jadi sekarang ini kita beri peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai saman tiga kesalahan yang ditetapkan itu untuk menjelaskan segera.

“Ada dua juta lagi (saman tidak dijelaskan), masih banyak. Kita tidak akan cari (pesalah jalan raya) tapi kita sekarang dalam tempoh pemutihan, malah masih ramai belum tahu ada kadar kompaun khas ini,” jelas beliau.

JPJ terima tunggakan saman RM12.5 juta sejak awal Januari
JPJ Akan 'Blacklist' Kenderaan Ada Tunggakan Tiga Saman Ini
Sumber Gambar: Sabah Post

Tambah beliau lagi, bayaran tunggakan saman RM12.5 juta dikutip sejak tawaran kompaun khas. Jumlah itu dikutip selepas bayaran kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan terbabit dilancarkan awal Januari lalu.

Bayaran itu membabitkan 83,000 saman. Masih ada kira-kira dua juta lagi saman lagi yang masih tertunggak.

“Kompaun AwAS serendah RM150 sahaja jadi ambillah peluang ini. Bayaran boleh dibuat melalui kaunter JPJ atau aplikasi MyJpj,” katanya.

Sumber