Jika akhir bulan lalu, mana-mana pemilik kenderaan menggunakan ekzos bising atau dikenali sebagai ekzos perang bakal berhadapan dengan tindakan denda dan penjara. Nampaknya pada bulan ini sesiapa sahaja yang menggunakan hon ‘tenonet’ juga akan dikenakan tindakan yang sama.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib berkata, Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama telah dijalankan sejak 1 Mac lalu di sekitar negeri ini hasil aduan awam.
Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan awam yang diterima mengenai pemasangan hon berirama melebihi satu nada atau dikenali sebagai ‘hon tenonet’ yang semakin banyak kenderaan menggunakannya terutama jenis lori dan bas buat masa kini.
“Hon merupakan salah satu instrumen penting pada sesebuah kenderaan yang berfungsi untuk memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalan raya lain melalui sistem bunyi.
“Namun begitu penggunaan hon yang melebihi satu nada atau nada berirama ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain tentang isyarat yang ingin disampaikan serta boleh mengganggu ketenteraman awam sekiranya dibunyikan di kawasan perumahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
https://www.youtube.com/watch?v=wqaZz-36j2M
Nazli berkata, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan.
Selain itu beliau berkata, memasang ‘hon tenonet’ secara aksesori (retrofit) juga boleh diambil tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘memasang hon melebihi satu nada’.
“Kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut,” katanya.
Pada bulan lalu seorang peguam telah berkongsi prosedur-prosedur untuk menyelesaikan saman kesalahan raya yang melibatkan mahkamah.
Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah
Tidak Gunakan Bahasa Kebangsaan, Kereta Malaysia Mula Hilang Identiti Tempatan?
Dilengkapi Enjin Turbo, Ini Kos ‘Maintenance’ Perodua Ativa Yang Anda Kena Tahu