Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Khairul Aswad Abdul menyatakan tindakan tiga individu menaiki sebuah skuter dimodifikasi di jalan raya awam adalah menyalahi undang-undang, lapor Malaysia Gazette.

Beliau berkata sedemikian selepas diminta mengulas tular satu video klip menunjukkan seorang YouTuber bersama dua lagi rakannya menaiki sebuah skuter elektrik yang diubahsuai di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) berhampiran Bachang, baru-baru ini.

Baca Juga:

JPJ Melaka Cari 'YouTuber' Naik Skuter 'Modified' 3 Orang
Sumber Gambar: TikTok @khusainipiee16

“Bukan sahaja melanggar undang-undang, bahkan ia boleh mendatangkan bahaya kepada si pelaku dan pengguna jalan raya yang lain.

“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000, atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

JPJ Melaka Cari 'YouTuber' Naik Skuter 'Modified' 3 Orang
Sumber Gambar: TikTok @khusainipiee16

Jelasnya lagi, melalui Perintah Larangan Kenderaan (Penggunaan Jalan) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 17 Disember 2021, penggunaan beberapa jenis kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya adalah dilarang.

“Ini termasuklah E-skuter, Hoverboard, Monowheel, Segway dan basikal elektrik tanpa kelulusan kerana kenderaan mikromobiliti hanya dibenarkan digunakan di kawasan yang dikhaskan seperti taman rekreasi, laluan khas atau kawasan persendirian sahaja dan bukan di atas jalan awam.

“JPJ memandang serius kesalahan ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang ingkar,” tegasnya lagi.

@francis_lim86

Limited edition #melakapeople #melakahawau #melakaviraltiktok #melaka #viraltiktok #abangex5 #creatorsearchinsights

♬ original sound – Antonio Altiparmak

Terdahulu tular satu klip video seorang YouTuber membawa skuter elektrik yang dimodifikasi di jalan raya awam.

Warganet mempertikaikan tindakan YouTuber tersebut yang bukan membahayakan dirinya, malah pengguna jalan raya lain.