Pada tahun lalu, Jabatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah meraih pendapatan sebanyak RM4.1 bilion melalui hasil kutipan JPJeBid dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, pihaknya tahun ini menyasarkan kutipan hasil melebihi jumlah tersebut apatah lagi melihat kutipan hasil menerusi JPJ eBid setakat Mac lalu hampir mencecah RM59.3 juta.
“Saya tidak pelik jika JPJ boleh mencecah pendapatan kepada RM4.4 bilion. Satu siri nombor pendaftaran kenderaan bertukar dalam tempoh dua minggu untuk negeri Selangor.
“Kutipan hasil JPJ eBid dari Januari hingga Mac 2021 sudah mencecah RM59.3 juta berbanding tahun tempoh yang sama pada tahun 2021 hanya RM40 juta lebih,” katanya
Pelaksanaan JPJeBid yang menggantikan sistem tender nombor pendaftaran secara manual turut berjaya mengurangkan tanggapan masyarakat terhadap ketelusan keputusan tender.
“Sebelum ini, kalau mereka di Selatan Johor hendak bida nombor Perlis misalnya, mereka kena bawa borang, pergi ke bank dan sebagainya, tapi sekarang, boleh bersenang-lenang di rumah dan bida mana-mana nombor melalui dalam talian sahaja.
“Ini jelas menunjukkan aspek pendigitalan yang kita terapkan itu berjaya, banyak benda boleh diselesaikan dengan cepat sekali gus meningkatkan hasil dan mengurangkan ketirisan hasil negara,” katanya lagi.
Pada bulan ini juga, JPJ akan memperkenalkan JPJeQ bagi menambah baik sistem nombor giliran sedia ada yang mana akan dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada 12 April nanti bersempena sambutan Hari JPJ.
Menerusi sistem itu, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR melalui telefon pintar bagi mendapatkan nombor giliran dan menyemak jangkaan tempoh menunggu sebelum berurusan di kaunter.
Pada bulan Februari lalu, JPJ negeri Kedah berjaya meraih kutipan lebih RM2 juta hasil bidaan nombor pendaftaran ‘KFC’.
JPJ Negeri Kedah Berjaya Capai Sasaran, Nombor Pendaftaran ‘KFC’ Raih Kutipan Lebih RM2 Juta
Tidak Ubah Seperti ‘Jualan Raya’, JPJ Diserbu Selepas Kembali Dibuka
Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online