Pada Jun lalu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin mendedahkan sepanjang tahun 2020 hingga Mei ini, sejumlah 186 kes disiasat berkaitan skim penipuan pelaburan ‘patuh syariah’ yang membabitkan jumlah kerugian keseluruhan RM5,411,571.61.

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mendapati lebih ramai mangsa penipuan skim tersebut tampil membuat aduan di balai polis berhampiran.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan. Usaha untuk mengesan dan menangkap sindiket penipuan ini sedang giat dilaksanakan bagi memastikan kegiatan ini dapat segera dibanteras.

“Sepanjang 1 Januari hingga 11 Ogos 2023, sejumlah 216 kes penipuan pelaburan ‘patuh syariah’ sedang disiasat oleh PDRM melibatkan kerugian RM11,291,872.04,” petik kenyataan Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Tambah beliau lagi, dalam usaha membendung kegiatan sindiket ini, PDRM ingin mengingatkan masyarat untuk tidak terpedaya dengan prmosi pelaburan yang memaparkan gambar figura terkenal dan menjanjikan keuntungan yang terlalu lumayan.

Orang ramai diminta sentiasa membuat semakan yang terperinci dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan tertentu.

“Dapatkan nasihat serta maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, portal Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan Security Commission (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan,” ujar Datuk Seri Ramli.