Ibu kepada Zayn Rayyan dipercayai diminta untuk melakukan lakon semula kejadian bagi membantu kes pembunuhan anaknya.

Harian Metro melaporkan bahawa ibu Zayn Rayyan dibawa ke kediamannya di Damansara Damai, di Blok R pada 10.15 pagi

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Laporan yang sama menyatakan bahawa suspek turut dibawa ke lokasi kanak kanak teesebut ditemui dalam keadaan tak bernyawa – di saliran sungai kira kira 200 meter dari kediaman mereka.

Ibu Rayyan dipercayai diminta untuk lakon semula apa yang berlaku pada hari kejadian melibatkan dia dan Zayn Rayyan.

Pada Jumaat lalu Polis berjaya mendapatkan sambungan tahanan reman ke atas ibu bapa Zayn Rayyan yang menjadi suspek kes pembunuhan.

Tahanan reman terbaru itu adalah sehingga Rabu ini. Kedua dua ibu bapa Zayn Rayyan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan pada 31 Mei lalu.

Pada 6 Disember tahun lalu, adik. Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 10 malam.

Ianya selepas kanak kanak autisme, Zayn Rayyan dilaporkan hilang sebelum itu.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh kerana ada kesan pada leher dan badan mangsa.

Ayah kepada Zayn Rayyan ketika dibawa ke mahkamah untuk menyambung tahanan reman telah menjerit di hadapan wartawan menyatakan bahawa dia telah dianiayai dan difitnah.

Polis kemudian menjelaskan bahawa ibu bapa Zayn Rayyan dipanggil semula untuk siasatan kerana ada percanggahan dalam kenyataan mereka ketika disiasat.