Pada petang semalam negara dikejutkan dengan berita hasil bedah siasat mendapati Zayn Rayyan telah dibunuh selepas hilang sejak Selasa lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, hasil bedah siasat turut menemukan kesan luka mempertahankan diri pada tubuh adik Zayn Rayyan.

“Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga saya rasa memadai saya cakap itu sahaja,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, semalam.

Menurut Datuk Seri Mohd Shuhaily lagi, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di satu lokasi berbeza sebelum ditinggalkan di tempat ditemui semalam.

Katanya, anak sungai lokasi mayat mangsa ditemui adalah kawasan terpencil yang jarang dilalui orang ramai — jadi pihak polis percaya suspek tahu selok belok di kawasan itu.

“Kita boleh rumuskan dari usaha pencarian oleh IPD Petaling Jaya selama dua hari di tempat sama tetapi (mangsa) tidak ditemui.

“Namun, ditemui pada hari kedua, lewat malam semalam.

“Mengambil dari situ kita boleh rumuskan mangsa mungkin mati di tempat lain dan diletakkan di situ,” katanya.

Datuk Seri Mohd Shuhaily juga pihaknya masih lagi mengenal pasti identiti suspek.

Katanya, kes itu baharu sahaja diklasifikasikan semula kepada 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan pihaknya memerlukan masa untuk jalankan siasatan.

Terdahulu mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai, 10 malam Rabu lalu.

Sungai tersebut kira-kira 100 meter dari kawasan rumah mangsa di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Sumber