Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang ditemui dalam keadaan yang tragis. Berita kematian kanak-kanak istimewa ini telah mendapat perhatian ramai dalam mengetahui puncanya.

Terbaharu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan satu siasatan menyeluruh akan dijalankan pihaknya termasuk menjalankan semakan rekod jenayah membabitkan penduduk di kawasan berhampiran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

Sementara itu, pihak polis memaklumkanĀ tidak mustahil terdapat kemungkinan suspek terbabit kes pembunuhan Zayn Rayyan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan seksual.

“Ia meliputi mass screening (tapisan besar-besaran) membabitkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terbabit dalam kesalahan seksual.

“Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis sama ada penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Apartment Damansara Damai, di sini hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, pihakĀ polis berharap kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) dipercayai milik suspek pembunuhan Zayn Rayyan dapat membantu mengenal pasti individu yang melakukan jenayah kejam itu.

Hussein berkata, keputusan ujian cap jari dan DNA dijangka diperoleh dalam tempoh dua ke tiga hari lagi diharap dapat membantu mengenal pasti suspek terbabit.

Sumber