Kes Zayn Rayyan pastinya menjadi detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, ada sebahagian orang yang sanggup menggunakan tragedi tersebut untuk mengaut keuntungan.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh pengasas Arzone Properties, Azie Nawawi di laman Facebook miliknya.

Baca Juga:

Dia berkongsi bahawa seorang pemilik rumah di Apartment Idaman, lokasi di mana adik Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia  telah menaikkan harga gara-gara kes yang tular ini.

Menulis di Facebook miliknya, Azie memberitahu bahawa rumah tersebut pada mulanya diletakkan pada harga RM168,000.

Namun selepas kejadian yang menimpa adik Zayn dan soroton media mengenai kejadian tersebut.

Rumah tersebut-tiba mahu dinaikkan harga sehingga mencecah RM200,000 dengan alasan bahawa kawasan tersebut kini sudah terkenal dan ‘hari-hari masuk TV’.

“Ini betul-betul ‘menangguk di air keruh’ ni bang. Tak kira isu apa, asal boleh. Sis pun speechless tak tahu nak advise macamana,” katanya dalam tulisannya di Facebook.

Untuk pengetahuan anda, adik Zayn meninggal dunia dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui kira-kira 100 meter dari kawasan Apartment Idaman.

Tulisan beliau di Facebook turut mendapat perhatian ramai dengan rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian beliau.

Sebahagian lagi mengkritik pemilik rumah tersebut yang menggunakan nasib malang adik Zayn ini untuk meraih keuntungan.