“Saya dianiaya, ini semua fitnah,” kata bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Harian Metro melaporkan suasana tegang di luar mahkamah dengan jeritan ahli keluarganya yang berkumpul.

Baca Juga:

Keluarga kepada ibu bapa Zayn berkumpul sambil memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’.

Ibu kepada bapa Zayn menjerit meminta keadilan untuk anak lelakinya itu.

“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah,” jeritnya.

Memetik laporan Harian Metro lagi, peguam, Fahmi Abd Moin yang mengesahkan beliau dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu tiba di mahkamah, pada 8.25 pagi.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan ditahan pihak polis di Puncak Alam.

Tidak lama kemudian peguam sebelum ini, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kes adik Zayn Rayyan menggemparkan negara apabila anak kecil itu ditemui mati pada Disember tahun lalu dan pembunuh sebenar masih lagi diburu sehingga ke hari ini.

Sumber