Bermula melukis untuk rakan di sekolah secara suka-suka, kini melukis untuk artis antarabangsa. Itulah perjalanan hidup artis grafiti tanah air Abdul Hafiz Abdul Rahman atau Katun.

Menjadikan Dato Lat sebagai idola, sejak dari kecil Katun tidak mahu karyanya sekadar dikenali dalam negara sahaja. Beliau memasang niat untuk karyanya dikenali hingga ke peringkat antarabangsa.

Baca Juga:

Beliau pernah berkolaborasi dengan artis ternama antarabangsa seperti Chris Brown, Dua Lipa and Post Malone, dan jenama-jenama popular seperti Marshall, JBL, Oppo, Tealive, Proton,Sony dan New Era.

Baginya, antara pencapaian paling membanggakan dirinya adalah apabila berjaya meraih lebih RM1.6 juta apabila berjaya menjual dua koleksi karyanya dalam bentuk non-fungible token (NFT), selepas hanya 24 jam dilancarkan.

Katun
Antara gambar NFT Katun yang terjual

Income yang tak dijangka ni rasanya selepas COVID-19 semasa karya NFT tengah popular. Saya dan rakan bisnes beranggapan satu idea yang baik untuk cuba NFT ni.

“Saya kena lukis dahulu dan kemudiannya jadikannya dalam bentuk digital. Kami berjaya lelong semua 50 karya NFT edisi khas dalam tempoh 30 minit, dan 776 karya edisi terbuka dalam tempoh 24 jam selepas pelancaran. Memang itu projek kami yang paling sukses setakat ini,” kata Katun.

NFT Katun Jana RM1.6 Juta

Katun NFT

Berdasarkan laporan Awani, Karya seni NFT edisi khas Katun berjudul “Apes Stand Strong” dijual pada harga 1 Ethirium (ETH), manakala edisi terbuka “Mystical Fruits” pula pada harga 0.10 ETH seunit.

Bagi 50 unit koleksi Apes Stand Strong, dia meraih hampir RM670,000, manakala bagi 776 unit Mystical Fruits pula sebanyak 77.6 ETH atau RM1,084,630 berjaya diraih.

Jumlah jualan kedua-dua koleksi lukisan digital itu meletakkannya sebagai pelukis tanah air pertama yang berjaya menjual koleksi NFT dengan harga tertinggi di Malaysia ketika ini.

Katun

Untuk mendengar kisah Katun secara penuh, tonton di sini.