Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan teknologi atau kriptowang, pastinya anda cukup tahu mengenai teknologi non-fungible token atau lebih dikenali sebagai NFT.

Disangka sudah ‘mati’ sebelum ini ekoran penurunan harga NFT yang mencecah 97%, siapa sangka peluang untuk menjual sebuah dengan harga penjualan mencecah 7 angka masih wujud.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian terbaru daripada X @EtherRock, seorang pembeli kriptowang dilaporkan sanggup berbelanja sebanyak 120 ETH bersamaan $284,163 (~RM1.325 juta) semata-mata untuk menjadi pemilik terbaru EtherRock 8 ini.

Sementara itu, akaun ini turut memaklumkan terdapat beberapa EtherRock yang mempunyai nilai mencecah 323 ETH bersamaan RM11 juta.

Pembelian EtherRock ini membolehkan pembeli menjadi pemilik yang sah EtherRock ini manakala fungsinya tidak dinyatakan dengan jelas.

Penjualan yang berlaku nyata mengejutkan ramai selepas mengetahui harga penjualan yang tinggi di saat trend NFT yang sudah mati dan juga peningkatan nilai ETH yang mendadak sejak akhir-akhir ini.

Sumber