Sekiranya anda mengikuti perkembangan teknologi semasa, pasti akan anda akan ingat perkembangan non-fungible token atau lebih dikenali sebagai NFT.

Membolehkan pengguna menjual dan memiliki gambar, video, meme serta lagu dalam bentuk digital membuatkan aset ini pernah dilabel sebagai aset masa hadapan. Malah, NFT termahal pernah terjual pada tahun 2021 dengan harga $91.8 juta (~RM434.8 juta).

Sumber: Pak/Nifty

Terbaharu, OpenSea selaku platform jual beli NFT popular dunia melaporkan telah mengalami masalah kewangan berikutan kejatuhan pasaran NFT. Syarikat ini dilaporkan telah membuang 50% pekerja syarikat mereka selepas sedang membuang 20% pekerja pada tahun lalu.

Dalam usaha untuk meneruskan operasi, OpenSea dilaporkan akan membangunkan OpenSea versi baharu yang menawarkan kemaskini kepada produk terdiri daripada teknologi, kualiti serta pengalaman penggunaan yang berbeza.

Selain itu, OpenSea menjelaskan akan menawarkan operasi yang lebih pantas dalam usaha untuk kembalik menarik perhatian pengguna.

Sumber