Perkhidmatan Defi kini kian berkembang pesat telah membuka peluang kepada pemilik-pemilik NFT untuk mencagar aset digital milik mereka untuk membuat pinjaman. Hal ini kerana sebahagian aset digital juga memegang nilai yang tinggi di dalam dunia blockchain.

Terbaharu, Fragment iaitu salah seorang pemegang NFT Mutant Ape Yacht Club (MAYC) dilaporkan telah menerima pinjaman 1,000 ETH bersamaan RM6 juta dengan menggunakan NFT sebagai cagaran. Dengan mencagar sesebuah gambar, sudah pasti NFT bukannya calang-calang kerana mempunyai keunikan tersendiri.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter

Difahamkan NFT yang dimiliki oleh beliau merupakan variasi ‘blue chip‘ yang mana mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang di dalam pasaran. Jadi, tidak hairanlah sekiranya si peminjam yakin untuk memberikan sejumlah wang dengan hanya NFT sebagai cagaran pada era digital ini.

Antara peminjam yang telah meminjam daripada Fragment Mutant Ape adalah Nexo serta Meta4 NFT Lending dengan syarat pembayaran semula pinjaman iaitu 1,044.38 ETH dalam tempoh 90 hari pada kadar faedah 4.44%

Sumber Gambar: Twitter

Pinjaman ini digelar sebagai pinjaman non-recourse, bermakan pemberi pinjaman boleh merampas cagaran pinjaman sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Jika peminjam gagal membayarnya, pemberi pinjaman boleh menuntut dan menjual aset tersebut atau menyimpan di balance sheet.

Secara dasarnya, idea sebegini membenarkan seseorang mendapatkan wang tunai dengan pantas malah terdapat peningkatan yang ketara dalam peminjaman NFT sejak Jun 2022 dengan nilai tertinggi $2.5 juta (~RM11.6 juta) pada September lalu.

Sumber