Pada 2021, Logan Paul telah membayar sekitar USD635 ribu atau sekitar RM2.51 juta untuk membeli NFT daripada 0N1 Force Collection.
0N1 memiliki 7,777 karakter keseluruhannya. Dan Logan Paul memiliki salah satu daripadanya iaitu karakter Bumblebee varian Azuki yang dianggap barang ‘rare’.
Namun NFT tersebut menunjukkan penyusutan nilai yang sangat ketara dalam banyak pembelian NFT berprofil tinggi daripada kitaran ‘hype’ 2021.
Pasaran NFT secara keseluruhan juga menyaksikan jumlah dagangan bulanan jatuh ke sekitar $700–800 juta pada tahun 2026, berbanding $20–25 bilion pada puncaknya awal 2022.
YouTuber Logan Paul purchased this NFT for $635,000 in 2021.
Today, it's worth $155. pic.twitter.com/YDmPdlzrns
— YabaLeftOnline (@yabaleftonline) February 16, 2026
Ketika itu ramai selebriti dan pempengaruh mempromosikan NFT sebagai satu fenomena baharu dalam ekonomi digital.
Malangnya, selepas 5 tahun, NFT Bumblebee Azuki milik Logan Paul itu kini hanya bernilai USD155 atau sekitar RM613.20.
Malah beberapa tahun lalu, Logan Paul sendiri akui bahawa NFT tersebut sudah tak ada harga dan hanya bernilai USD10 (RM40).
Logan Paul juga tidak aktif mempromosikan NFT. Ini ditambah dengan beberapa siri isu perundangan berkaitan dengan beberapa perniagaannya termasuk NFT.
Kerugian NFT selebriti lain termasuk NFT Bored Ape milik Justin Bieber yang susut lebih 95%. Ianya menggambarkan bahawa dunia NFT kini semakin mati.