Ingin orang ramai merasai pastri serta kek hotel 5 bintang pada harga mampu milik, itulah matlamat Azmil Abdul Latif, pemilik kafe berkonsep vintaj di Ipoh, Billy The Cakes.

Dengan pengalaman berbelas tahun dalam bidang pembuatan kek dan pastri, Azmil atau lebih selesa dikenali sebagai Billy membuat keputusan untuk membuka kafe sendiri di Ipoh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Azmil juga memilih nama Billy The Cakes sebagai nama kafenya kerana nama tersebut yang catchy. “Nama Billy ni ‘lekat’ dari zaman sekolah lagi. Masa nak pilih nama kafe, saya cuba Billy The Cakes. Bunyi sedap dan ‘kena’. Jadi saya pun pilih untuk namakan kafe ini Billy The Cakes,” terang Azmil.

Setiap menu yang ada di Billy The Cakes dibuat fresh setiap hari untuk kepuasan pelanggan. Kafenya juga dihiasi dengan pelbagai barangan vintaj yang dikumpulnya sejak belasan tahun lalu.

“Semua barangan ini saya kumpul sejak mula kerja dahulu. Setiap kali beli, saya dah terfikir barangan ni sesuai untuk hias kafe saya sendiri satu hari nanti. Akhirnya tercapai impian tu dan saya hias dan pamerkan di Billy The Cakes,” kata Azmil.

Killer menu di sini? Pastinya cream puff sehingga ada pelanggannya sanggup datang dari KL semata-mata untuk membelinya! Sekiranya anda ke Ipoh, jangan terlepas untuk singgah ke Billy The Cakes. Sambil makan sambil OOTD. Kami jamin, memang semuanya sedap dan kena selera!