Kami tahu masih ada peminat setia untuk jenama sandal Crocs ini. Namun ini mungkin berita buruk buat anda. Crocs telah menutup operasi dua kilangnya yang terakhir, iaitu di Itali dan juga Mexico.

Ada yang berpendapat syarikat berkenaan sudah boleh terima jenama mereka tidak sepopular dahulu lagi. Dalam satu kenyataan yang dibuat Fast Company, “Disebabkan permintaan yang semakin tinggi untuk sandal Crocs, kami akan bertukar menghasilkan kasut kami melalui kilang pihak ketiga untuk meningkatkan produktiviti jenama ini.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/abishakenaidu1/status/1028190892065095680

Ianya mungkin langkah Fast Company untuk mengurangkan kos penghasilan kasut Crocs. Pendapatan Crocs sebenarnya semakin berkurangan setiap tahun. Tahun lalu, Crocs turut mengumumkan akan menutup operasi 160 cawangannya dan menfokuskan jualan Crocs secara atas talian. Walaupun mereka berjaya membuat jualan USD328 juta tahun lalu, tetapi mereka tetap perlu berhati-hati dan lebih memahami pasaran.

Biasanya jika sesuatu jenama itu melesenkan produk mereka ke pihak ketiga, produk mereka akan jadi kurang berkualiti. Dalam beberapa tahun lagi, adakah kasut ini akan lebih relevan dan trendy?