Sebut mengenai KFC pasti orang ramai akan membayangkan menu ikonik mereka iaitu ayam goreng. Begitu juga dengan jenama Crocs yang sangat popular dengan sandal ikonik mereka.

Siapa sangka, pada tahun ini dua jenama ini mampu berkolaborasi dalam menggabungkan dua produk terhebat mereka dalam menghasilkan sandal Crocs edisi ayam goreng KFC.

https___hypebeast.com_image_2020_02_kfc-crocs-collaboration-unveil-release-info-003

https___hypebeast.com_image_2020_02_kfc-crocs-collaboration-unveil-release-info-001 (1)

https___hypebeast.com_image_2020_02_kfc-crocs-collaboration-unveil-release-info-004

Menggunakan model Croslite, model ini tampil dengan penjenamaan warna ikonik KFC beserta kehadiran Colonel Sanders. Apa yang membuatkan kolaborasi ini lebih epik adalah penyertaan ayam goreng di atas sandal sekaligus memaparkan keunikan kolaborasi ini.

KFC x Crocs Classic Clogs bakal ditawarkan tidak lama lagi dengan harga $60 (~RM248.64). Tonton video iklan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kolaborasi Crocs bersama KFC ini. Oh ya, setiap ayam goreng yang ditampilkan turut hadir dengan aromanya sekali.

Sudahkah anda mencuba KFC Zinger Cheezilla yang baru sahaja dilancarkan KFC Malaysia? Ketahui juga dengan konsep buffet yang ditawarkan KFC di Jepun.

KFC Malaysia Lancar Kembali Menu Popular Zinger Cheezilla

KFC Buka Cawangan ‘Makan Sampai Kenyang’ Di Jepun

Sumber