Pemain Atletico Madrid, Julian Alvarez akhirnya membuka mulut untuk mengulas mengenai sepakan penalti kontroversi melibatkannya pada pertemuan pusingan 16 UEFA Champions League (UCL) tempoh hari.

Alvarez pada mulanya berjaya menyempurnakan sepakan kedua yang diambil untuk menyamakan kedudukan 2-2, namun gol itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Szymon Marciniak selepas beliau membuat rujukan Video Assistant Referee (VAR).

Baca Juga:

Julian Alvarez
Soccer Football – Champions League – Round of 16 – Second Leg – Atletico Madrid v Real Madrid – Metropolitano, Madrid, Spain – March 12, 2025 Atletico Madrid’s Julian Alvarez scores a penalty during the penalty shootout wich is later disallowed after a VAR review REUTERS/Susana Vera TPX IMAGES OF THE DAY

Gol itu dibatalkan kerana Alvarez dikatakan telah membuat dua sentuhan terhadap bola kerana beliau tergelincir ketika mahu mengambil sepakan.

Sehubungan dengan itu, Alvarez menafikan bahawa bola terkena kakinya terlebih dahulu sebelum mengambil sepakan.

Ini Pendapat Julian Alvarez

“Saya sudah menontonnya beribu kali, ada video di mana-mana,” ujar Julian Alvarez menurut sumber laporan Goal.

“Sebenarnya, saya tidak merasa sentuhan itu, kerana jika ada dua sentuhan, kontak itu sangat minimal dan sukar untuk dirasai.”

“Saya rasa peraturan itu perlu lebih jelas kerana saya tidak cuba untuk mengambil kelebihan dan jika penjaga gol keluar dari garisan ketika membuat penyelamatan, penalti perlu diulang.”

Julian Alvarez
Soccer Football – Champions League – Round of 16 – Second Leg – Atletico Madrid v Real Madrid – Metropolitano, Madrid, Spain – March 12, 2025 Atletico Madrid’s Julian Alvarez scores a penalty during the penalty shootout wich is later disallowed after a VAR review REUTERS/Juan Medina

“Ini bukan untuk mengambil kelebihan terhadap keadaan tersebut. Malangnya terhadap apa yang berlaku,” tambah pemain skuad kebangsaan Argentina itu lagi.

Ketika kedudukan 2-3, Atletico berpeluang untuk menyamakan kedudukan ketika Lucas Vasquez gagal menyempurnakan sepakan tetapi Marcos Llorente juga turut menerima nasib yang sama.

Kesempatan itu diambil Antonio Rudiger untuk membawa Real Madrid ke suku akhir bagi menghadapi Arsenal.

Sumber