Bagi yang membesar tahun 90an pasti kenal sangat dengan Jumanji. Filem lakonan Robin Williams yang keluar pada tahun 1995 ini bagi saya sudah menjadi filem wajib tengok untuk penggemar perfileman. Saya berani jamin, anda pasti pernah menonton filem ini walaupun hanya sekali.

Fast forward tahun 2017, Jumanji diberi nafas baharu oleh pengarah Zack Kasdan serta menampilkan pelakon-pelakon ternama Hollywood seperti Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karren Gillan, Bobby Cannalavale dan Nick Jonas. Walaupun tayangan rasmi filem Jumanji ini dijadualkan hari ini, ianya sudah mula ditayangkan di pawagam sejak minggu lalu dan dengar-dengar setiap kali tayangan memang full house.

Filem ini bermula apabila sekumpulan remaja terperangkap di dalam dunia Jumanji dan mereka perlu mencari jalan keluar untuk pulang ke dunia asal. Masalahnya adalah hanya satu cara untuk mereka kembali ke dunia nyata iaitu dengan menghabiskan permainan ini terlebih dahulu. Watak setiap remaja juga berbeza mengikut karakter yang mereka pilih sebelum masuk ke dunia Jumanji. Jadi bagaimana karya Jumanji versi yang terbaru ini?

1. Berbeza dengan siri yang terdahulu

Jumanji 1

Perbezaan paling nyata adalah dari segi permainan ini sendiri. Kalau Jumanji versi Robin Williams dahulu setiap apa yang terjadi di atas papan permainan akan terjadi di dunia nyata, tidak bagi versi terbaru ini. Dalam Jumanji: Welcome To The Jungle, pemain ‘disedut’ masuk ke dalam dunia Jumanji dan mereka perlu mencari jalan keluar daripada permainan ini. Jika tidak, mereka akan terperangkap di dalam dunia Jumanji buat selamanya.

Pihak produksi yang menukarkan permainan Jumanji daripada board game kepada konsol permainan video bagi saya adalah satu personal touch yang sangat baik. Barulah dapat relate dengan generasi gamers terutamanya yang membesar dengan PlayStation 1 dan Nintendo.

2. Setiap watak diberi peranan dan peluang yang seimbang

jumanji 2

Ini yang saya suka tentang filem Jumanji ini. Tiada watak yang overshadow each other. Ya, kita tahu Dwayne Johnson memang watak utama filem ini, tetapi tuan pengarah bijak untuk tidak melupakan watak-watak yang lain. Setiap watak mempunyai peranan dan kepentingan mereka yang tersendiri. Jadi tidaklah nanti ada watak yang dilupakan oleh penonton.

3. Lakonan mantap setiap pelakon

Lakonan setiap pelakon dalam filem ini memang sangat baik! Setiap watak mempunyai personaliti yang berbeza, The Rock yang sasa sebenarnya seorang remaja yang introvert, Jack Black asalnya seorang perempuan, Kevin Hart pula seorang yang perkasa di luar tetapi tidak di dalam Jumanji serta Karren Gillan, seorang yang pemalu di dunia nyata tetapi cantik dan kuat di dalam Jumanji. Gabungkan mereka ini menjadi satu pasukan dan ya, terhasillah satu gabungan yang sangat hebat!

Kevin Hart dan The Rock pernah bergandingan dalam filem Central Intelligence satu ketika dahulu dan chemistry antara mereka berdua sudah terbina sejak sebelum Jumanji lagi. Anda tengok sendiri video di atas ini di mana Kevin dan The Rock sama-sama meniru gaya masing-masing. Memang pecah perut.

Bagi sesiapa yang rindukan lakonan Jack Black, anda kena tonton Jumanji. Memang anda akan ketawa sahaja melihat gelagat Jack Black dalam Jumanji ini nanti. Berkesan betul beliau membawa watak wanita. Tambahan lagi, anda tidak akan buat keputusan yang salah jika menonton filem yang ada The Rock, Jack Black dan Kevin Hart dalam satu filem.

Jumanji: Welcome To The Jungle adalah sebuah filem yang awesome dan menarik untuk tontonan seisi keluarga. Kalau anda enjoy Jumanji yang pertama, anda pastinya akan enjoy dengan Jumanji terbaru ini. Kami beri rating 9/10 untuk filem ini. Boleh terus tempah tiket selepas baca review ini.