Keputusan juri mendapati bahawa Amber Heard bersalah kerana memfitnah bekas suaminya Johnny Depp dalam salah satu artikel yang disiarkan di The Washington Post pada 2018.
Juri juga menganugerahkan Depp $10 juta sebagai ganti rugi pampasan dan $5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif, namun jumlah itu akan diselaraskan bagi mematuhi undang-undang Virginia. Selain itu, pihak juri juga memihak kepada Heard dalam kes fitnah peguam Depp ke atasnya dan dia pula telah diberikan ganti rugi pampasan sebanyak $2.
Tidak lama selepas keputusan itu diumumkan, Depp, yang berada di England semasa keputusan itu, mengeluarkan sebuah kenyataan penuh di laman Instagram miliknya.
“Enam tahun yang lalu, kehidupan saya, kehidupan anak-anak saya, kehidupan mereka yang paling dekat dengan saya, dan juga, kehidupan orang-orang, yang selama bertahun-tahun telah menyokong dan mempercayai saya berubah selama-lamanya,” tulisnya. “Semuanya [berubah] dalam sekelip mata,” katanya merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Heard.
“Dakwaan palsu, [yang] sangat serius dan jenayah telah dikenakan kepada saya melalui media, yang mencetuskan rangkaian serangan penuh kebencian yang tidak berkesudahan, walaupun tiada pertuduhan pernah dikenakan terhadap saya.” Keputusan hari ini, Depp berkata, “Juri berikan kehidupan saya semula. Saya benar-benar rendah diri.” Bagaimanapun, Depp tidak menyatakan apa-apa mengenai keputusan juri yang mendapati pasukan peguamnya bersalah atas satu tuduhan memfitnah Depp.
Depp terus menegaskan bahawa satu-satunya niat asal beliau untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah “untuk mendedahkan kebenaran” sambil menambah, “Saya berasa tenang mengetahui saya akhirnya mencapainya.” Akhir kata, Depp mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan kebaikan yang mereka berikan sepanjang kes ini berjalan.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Hakim, juri, kakitangan mahkamah, dan “pasukan undang-undang yang tidak berbelah bahagi.” Dia juga berharap bahawa budaya ‘cancel culture’ dapat dihentikan sehingga orang itu benar-benar terbukti bersalah, “Saya juga berharap kedudukan kini akan kembali kepada [prinsip] tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, baik di dalam mahkamah mahupun di media.”
“Yang terbaik akan datang dan lembaran baru akhirnya telah bermula,” dia menyimpulkan, seolah-olah membayangkan kehidupannya sudah kembali dan keadilan dapat ditegakkan. “Kebenaran tidak pernah binasa.”
Kenyataan Depp, yang disiarkan di Instagram, bukan sahaja mendapat sokongan daripada segelintir peminat biasa, tetapi juga daripada beberapa selebriti. Ryan Adams, yang juga menghadapi tuduhan mengenai gangguan seksual dan penderaan emosi – dakwaan yang dinafikannya – meninggalkan komen di Instagram Depp. Sofia Richie, Naomi Campbell, dan Zedd juga meninggalkan komen kepada Depp sebagai tanda sokongan.
Amber Heard juga mengeluarkan kenyataan di laman media sosial miliknya. “Saya sedih kerana bukti yang banyak juga masih tidak mencukupi untuk menentang kuasa dan pengaruh bekas suami saya,” tulisnya. Pelakon itu kemudiannya menyatakan bahawa kesan kepada keputusan ini akan meninggalkan ramai wanita di luar sana untuk berani bersuara apabila melibatkan kes keganasan rumah tangga.
“Saya sedih saya kalah kes ini. Tetapi saya lebih sedih kerana saya nampaknya telah kehilangan hak yang saya fikir saya ada sebagai orang Amerika – untuk bercakap secara bebas dan terbuka.” Dia mengehadkan komen pada siarannya.
Johnny Depp menang kes fitnah, Amber Heard diarah bayar ganti rugi RM65 juta. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Johnny Depp Menang Kes Fitnah, Amber Heard Diarah Bayar Ganti Rugi RM65 Juta
‘Populariti Adalah Satu Ketagihan’ – Komen Elon Musk Mengenai Kes Johnny Depp Dan Amber Heard