Jurugambar yang tular tolak pengantin masuk ke dalam parit akhirnya tampil bersuara.
Sebelum ini tular video di mana seorang jurugambar membuat prank menolak pengantin lelaki ke dalam parit.
Video tersebut mendapat perhatian tuan pemilik baju yang menyediakan pakej sewa pakaian kepada pengantin.
Menurut pemilik baju tersebut, baju itu tidak boleh terkena air dan perlu dicuci dengan cucian kering.
Selain itu aksesori lain seperti tanjak dan bengkung semuanya tak boleh kena air.
Netizen kemudian mengecam tindakan jurugambar tersebut yang memiliki ramai pengikut di media sosial.
Menurut mereka perbuatan itu tidak boleh diterima.
Jurugambar tampil
Akhirnya jurugambar tersebut tampil membuat kenyataan. Dia mengecam balik netizen yang tiada kaitan dalam hal tersebut sebaliknya mereka yang lebih banyak berbunyi katanya.
“Sekarang ini saya ada, dan saya tak lari pun. Dan saya tahu benda itu tular dan saya akui salah saya.
“Saya sudah bersembang dengan akak bridal itu, dan Inshaallah, kami akan berbincang.
“Yang paling ‘bengong’ sekarang ini, mereka yang tidak berkaitan masuk campur, kenapa?
“Sehingga ada yang sampai ugut bunuh, nak jumpa untuk pukul, apa motif kamu sebenar?
“Saya tidak faham. Kes itu antara saya, bridal dan pengantin.
“Pandai pandailah saya nanti tebus kesalahan saya, bayar ganti rugi. Itu urusan antara kami bertiga. Apa yang terjadi saya yang akan bertanggungjawab.
“Saya tak lari, saya ada sahaja. Yang netizen siap ajak bertumbuk ini, apa motif sebenarnya?
“Sebab perkara ini saya tidak jangka dan tidak rancang sampai ke tahap ini.
“Kepada yang nak ajak bertumbuk tu, boleh, kita tak lari pun,” kata jurugambar itu lagi menerusi akaun media sosial miliknya baru baru ini.
photographer akhirnya buka mulut. dia ada duit guys, dia ingat dia ada banyak duit dia boleh buat ikut sedap dia je pic.twitter.com/s79bledomG
— 𝕭𝖆𝖓𝖎 | (@rabbaniahmad_) January 21, 2025