Menjadi jurulatih buat mana-mana pasukan atau sukan bukan satu tugas mudah untuk digalas berikutan bebanan tinggi serta cabaran besar yang perlu dihadapi.

Beban tugas yang dihadapi oleh jurulatih sangat besar kerana mereka bukan sahaja perlu mempersiapkan pasukan secara fizikal tetapi juga perlu mengurus aspek psikologi dan emosi pemain.

Baca Juga:

Cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam dunia kejurulatihan juga sering kali memerlukan ketahanan mental dan perancangan yang rapi untuk memastikan kejayaan pasukan.

Bercakap tentang cabaran tersebut, situasi lebih sukar pernah dihadapi oleh bekas pengendali skuad Liga Super Perak 2008, Steve Darby dimana pada ketika itu.

Jurulatih Ini Pernah Tanggung Kos Penerbangan Pasukannya Untuk Beraksi Di Piala AFC
Kredit Foto: perakfa.net

Hal ini kerana skuad kendaliannya berdepan masalah tunggakan gaji ekoran perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri berubah selepas Pilihanraya Umum.

Dengan masalah kewangan yang meruncing, Perak pula perlu terbang ke Lebanon untuk menghadapi suku akhir kedua Piala AFC menentang Al Safa.

Ketika pihak pengurusan mendedahkan tidak mempunyai wang untuk menghadapi perlawanan tersebut, Darby mengambil inisiatif sendiri dalam usaha untuk memastikan kem Perak tetap ke negara Asia Tengah itu.

Sehubungan dengan itu, beliau tidak keberatan untuk mendahulukan wang simpanannya sendiri bernilai hampir RM40,000 untuk membeli tiket kapal terbang.

Menurut perkongsiannya kepada wakil The Vocket beberapa tahun lepas, Darby mendedahkan terpaksa menempah tiket penerbangan paling murah dengan transit yang cukup lama.

Keadaan yang sekali gus menjadikan perjalanan cukup panjang perlu dihadapi oleh pemain serta barisan jurulatih terlibat untuk ke Beirut.

Jurulatih Ini Pernah Tanggung Kos Penerbangan Pasukannya Untuk Beraksi Di Piala AFC
Kredit Foto: perakfa.net

Pengendali kelahiran Liverpool itu turut hanya membawa 14 pemain (11 pemain kebelasan utama dan tiga simpanan) dan tiga orang barisan kejurulatihan sahaja.

Oleh itu, beliau juga terpaksa membawa seorang sahaja penjaga gol kerana keperluan lebih mendesak untuk membawa pemain posisi lain.

Tambahan pula Perak terpaksa berdepan kehilangan dua tonggak import jentera serangan dan tengah, Carlos Arturo Caceres serta Jorge Munoz Abarca yang meninggalkan pasukan kerana tidak menerima gaji.

Walaupun tewas 0-5 pada perlawanan itu sekaligus Al Safa mara ke final dan difahamkan wang tersebut dibayar kembali kepadanya dalam beberapa bulan kemudian, pengorbanan Steve Darby wajar dikenang sebagai antara jurulatih yang mempunyai jiwa kuat terhadap skuad kendaliannya ketika kemelut tunggakan gaji menghantui pasukan.