Seorang wanita menggunakan kreativitinya selepas dia dilarang untuk masuk ke Balai Polis di Perak selepas didakwa memakai skirt yang terlalu pendek, lapor Yahoo News.
Jeanne JY, seorang penduduk Bukit Indah, menceritakan pengalamannya dalam catatan di Facebook.
Selepas dimaklumkan oleh anggota polis bahawa skirt yang dipakainya gagal mematuhi etika berpakaian di banggunan kerajaan, dia sudah bersiap untuk pulang dan menukar pakaian.
Menurut catatan itu, anggota polis tersebut telah memaklumkan kepadanya bahawa skirtnya perlu melebihi lutut bagi mematuhi etika berpakaian.
Disebabkan tidak mempunyai sebarang pakaian lain, Jeanne meminta anggota polis tersebut masa lima minit dan mempertimbangkan untuk pulang ke rumah untuk menukar pakaian.
Namun, ilham menerpa ketika dia menghampiri kenderaannya. Dia lalu mengambil sarung kusyen kerusi keretanya bagi memanjangkan lagi skirtnya.
Dengan melilit sarung kusyen di pinggangnya dan mengikatnya dengan jaket yang ada di tangan, dia berjaya mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.
Dia kemudiannya kembali ke balai polis dan mendapat perhatian anggota di sana. Kakitangan balai polis itu juga mengakui kepintaran dan memberi isyarat ibu jari tanda bagus.
“Tuan, saya cuba yang terbaik. Dia kemudian melambai meminta saya masuk. Mereka (semua pegawai yang hadir) semua ketawa sehingga tidak boleh bercakap,” katanya dalam catatannya.
“Saya tidak tahu bahawa saya cukup bertuah untuk menyertai Anugerah Kostum Paling Kreatif tahun ini. Tidak ada sarung untuk dipinjam di stesen,” katanya.