Ketua jurulatih Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul menyalahkan bunga api dan cuaca panas menjadi punca kenapa pasukannya kalah di tangan JDT pada aksi perlawanan pertama pusingan 16 akhir ACL Elite.

JDT menang 3-1 ke atas Sanfrecce Hiroshima untuk membawa bekalan agregat kelebihan 2 gol ke Jepun selepas ini.

Gol-gol JDT dihasilkan oleh Ager Aketxe, Bergson dan Marcos Guillherme. Sementara gol saguhati Sanfrecce Hiroshima benar benar saguhati dihadiahkan oleh Nene menerusi jaringan sendiri.

Jurulatih Sanfrecce tak puas hati tak cukup tidur

Namun Gaul jelas sekali tidak berpuas hati dengan tempat penginapan mereka yang tidak selesa untuk mereka tidur malam.

Ini kerana menurutnya ada pihak membakar bunga api berdekatan kawasan hotel mereka menginap.

Jelas sekali, ianya antara sebab kenapa pemain-pemainnya tidak cukup tidur.

Selain itu, cuaca panas juga antara faktor mereka tidak dapat berlatih sebelum berjumpa dengan JDT.

ACL Elite 2025/26: Info Siaran Langsung Pusingan 16 JDT vs Sanfrecce

Bartosch Gaul berkata: “Pertama sekali, saya nak cakap yang saya sangat bangga dengan pemain pemain saya. Kerana kami melalui jarak perjalanan sangat jauh, cuaca panas, membuatkan kami terpaksa membatalkan latihan kami semalam [sehari sebelum perlawanan].

“Dan kami melalui malam yang sukar. Sebab terlalu banyak bunga api dibakar. Saya tak pasti sama ada ianya dibajar di sekitar 2 meter daripada luar kawasan hotel kami atau mungkin juga di dalam hotel.

“Jadi, terlalu banyak situasi mencabar. Ini cerita betul, sejujurnya.”