Jururawat Malaysia yang ditawarkan kerja di Singapura sudah semestinya menganggap peluang tersebut sebagai satu tiket keemasan untuk mencapai kestabilan kewangan yang mungkin sukar untuk dihasilkan di negara sendiri.

Namun, di sebalik gaji yang lebih tinggi, terdapat cabaran seperti perjalanan penjang yang meletihkan, jam kerja yang tiada hentinya, dan kesukaran mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baru-baru ini, seorang jururawat Malaysia berdepan dengan dilema yang sama: menerima tawaran kerja di Singapura dengan gaji yang jauh lebih tinggi, atau kekal di Malaysia dengan kehidupan yang lebih stabil.

Jururawat Malaysia vs Singapura: Dua Tawaran, Dua Pilihan

Jururawat ini, yang memilih untuk tidak mendedahkan identitinya, berkongsi situasinya di subreddit r/askSingapore.

Dia mempunyai dua tawaran kerja:

Tawaran  pertama melibatkan hospital swasta di Malaysia dengan gaji RM6,100 sebulan, faedah perubatan melindungi diri dan keluarga serta perjalanan ke tempat kerja dari rumah hanya sekitar 1 jam sehari.

Jururawat Malaysia
Sumber: Benar News

Bagaimanapaun kekurangan kerja di hospital swasta ini ialah tiada bonus, gaji naik perlahan, peluang naik pangkat yang terhad, dan hanya 14 hari cuti tahunan

Bagi tawaran kedua pula, ia melibatkan hospital awam di Singapura dengan gaji permulaan setinggi  S$4,400 (lebih kurang RM14,432) dengan bonus sehingga 3.6 bulan gaji berdasarkan prestasi dan diberikan cuti tahunan 21 hari.

Bagaimanapun kekurangan kerja di Singapura ada alah jadual kerja yang tidak menentu, perjalanan antara lokasi, dan masa perjalanan harian sehingga 3 jam

Dilema: Wang vs Masa

Selain faktor kewangan, jururawat Malaysia ini juga perlu mempertimbangkan aspek peribadi.

Dia sudah berkahwin, tetapi suaminya tidak mempunyai visa kerja di Singapura dan mereka terpaksa tinggal di Johor Bahru jika beliau memilih untuk kerja di Singapura.

Kegusaran beliau ini mendapat banyak maklum balas daripada pengguna Reddit.

Jururawat Malaysia
Sumber: Utusan Online

Ramai yang menggalakkannya untuk menerima tawaran di Singapura, walaupun dengan perjalanan yang panjang dan jadual kerja yang meletihkan.

Seorang pengguna Reddit membahagikan perbezaan gaji secara terperinci.

“Pakej gaji anda di Singapura hampir tiga kali ganda daripada apa yang anda boleh dapat di Malaysia.”

Pengguna lain menegaskan bahawa ini adalah masa terbaik untuk bekerja keras.

“Memandangkan awak belum mempunyai anak, kenapa tak cuba dulu? Tapi kalau duit dan naik pangkat bukan tujuan utama, maka duduk di Malaysia adalah pilihan yang baik. Tetapi jika perjalanan masuk ke Singapura buat awak penat, awak boleh sewa bilik di Singapura pada hari bekerja dan pulang pada hujung minggu.”

Jururawat Malaysia
Sumber: Kosmo!

Terdapat juga yang menekankan kelebihan kewangan,

“Lima tahun bekerja di Singapura boleh sama dengan sepuluh tahun di Malaysia. Itu perbezaan yang besar.”

Kesimpulan: Pilihan di Tangan Anda

Pada akhirnya, keputusan ini bergantung pada keutamaan individu – jadi jururawat Malaysia atau menerima tawaran kerja di Singapura.

Ada yang melihat Singapura sebagai peluang terbaik untuk bekerja keras, simpan duit, dan menjamin masa depan yang lebih cerah.

Manakala yang lain lebih menghargai kestabilan, perjalanan yang lebih pendek, dan masa bersama keluarga berbanding gaji yang lebih besar.