Seorang juruvideo dari UK mendakwa ternampak sebuah kedai daging segar tersorok ada menjual daging kucing di Chinatown, Petaling Street, Kuala Lumpur.

Juruvideo memuat naik beberapa keping gambar di Instagram miliknya. Beliau menceritakan pengalamannya yang didakwa melihat sendiri penjualan daging kucing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun caption tersebut sudah disunting kira-kira satu jam yang lalu.

Sumber Gambar: Instagram @iragib

Berikut adalah perkongsian asal yang sempat dikongsi semula oleh portal The Sun

Beliau berkata lorong itu tidak kelihatan sebagai destinasi pelancongan yang popular. Iragib mengajak sepupunya untuk memeriksa apa yang ada di sebalik pintu bersama-sama, tetapi dia menolak.

“Saya mengambil beberapa gambar pantas dan terus bergerak, sehingga saya melihat sebuah bilik kecil lain dengan sesuatu yang menarik perhatian saya. Saya pernah mendengar cerita bahawa orang makan kucing, tetapi selalu sukar untuk membayangkannya.

“Di hadapan saya, saya melihat seekor anak kucing dalam sangkar dengan [senduk] terletak di atas. Pada masa itu, saya hanya berfikir, “Oh hebat, mungkin haiwan peliharaan seseorang’,” katanya.

Menurut juruvideo itu, dia melihat sebuah gerai daging dengan dua sangkar di atas kaunter, masing-masing memegang seekor kucing. Beliau seterusnya menyatakan bahawa penjual daging itu tidak menjual ayam atau daging lembu.

“Kali ini, terdapat label di atas sangkar yang mengatakan, ‘Bukan untuk dijual. Ini haiwan peliharaan saya. ‘Bukan untuk makan’.

“Saya kemudian melihat seorang wanita berpakaian seperti penjahat Bond (sejujurnya dia kelihatan sangat cool) pergi ke kaunter, dan betul-betul di hadapan saya, wanita penjual daging itu menghiris daging kucing.

“Mereka berdua menoleh ke arah saya ketika saya cuba merakam gambar terakhir saya secara senyap. Apa yang saya tahu ialah saya perlu dan mahu meninggalkan tempat ini secepat mungkin,” katanya.

Perkongsian Instagram @iragib itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai yang berasa sangsi dengan dakwaan terdapat penjualan daging kucing di Petaling Street.

Ramai warganet menegaskan bahawa kedai itu menjual daging khinzir, bukanlah daging kucing seperti didakwa juruvideo UK berkenaan — ini berdasarkan saiz dan tekstur daging yang ada di atas meja kedai daging tersebut.

Menerusi kemas kini caption pada hantaran Instagram itu, gambar-gambar tersebut dirakam pada 22 Jun 2018.