Sejak NFT dihebahkan sebagai pelaburan pada tahun lalu, semakin banyak artis dan bintang terkemuka yang turut membeli karya digital ini pada harga yang tinggi. Salah seorang artis yang turut membeli NFT yang mahal adalah Justin Bieber.
Dilaporkan beliau mengalami kerugian lebih RM5 juta setelah nilai NFT miliknya jatuh 97%. Beliau pada bulan Januari lalu telah membeli sebuah NFT BAYC yang berharga $1.3 juta (~RM5.91 juta).
Baca Juga:
- Logan Paul ‘Gigit Jari’ Selepas NFT Miliknya Berharga RM2.8 Juta Kini Hanya Bernilai RM46.36
- Jumlah Jual Beli Menurun 97%, Pasaran NFT Dilaporkan Semakin ‘Mati’
Namun, selepas 11 bulan berlalu nilai NFT kepunyaannya turut menurun serendah $70,000 (~RM318,766). Kejatuhan harga NFT ini berpunca daripada krisis FTX yang memberi kesan kepada pasaran kripto secara keseluruhannya.
Malah, sejumlah pemilik NFT BAYC telah menjual karya digital mereka dengan harapan boleh menanggung modal yang dibelanjakan. Lebih malang lagi buat Justin Bieber, NFT kepunyaannya tidak mempunyai ciri unik yang dapat menarik para pengumpul NFT untuk membelinya.
NFT BAYC #3001 ini hanyalah sebuah ilustrasi gambar beruk dengan berbaju kelabu sahaja. Sementara peminat tegar NFT pula hanya berminat dengan karya digital yang lebih unik dan rare untuk dijadikan koleksi peribadi.
Para penganalisa juga mengatakan Justin Bieber telah membelanjakan sejumlah wang yang besar sedangkan harganya pada masa kini hanya sekitar ratusan ribu sahaja. Selain Justin Bieber, ramai lagi individu berpengaruh yang mengalami nasib yang sama tapi tidak dihebahkan secara umum.