Pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Justin Hubner mendedahkan bahawa dirinya menikmati suasana yang luar biasa selepas bergelar rakyat negara tersebut.
Hubner sah menjadi warganegara Indonesia selepas mengangkat sumpah dan janji setia pewarganegaraan Republik Indonesia di Jakarta pada 6 Disember 2023.
Baca Juga:
- ‘Indonesia Patut Nombor Satu’ – Justin Hubner
- Justin Hubner Anggap Malaysia Tidak Setaraf Dengan Indonesia
- Justin Hubner: Indonesia Pasukan Yang Sangat Kuat, Ada Peluang Di Piala Asia 2023
Keadaan yang membolehkannya untuk menyarung jersi skuad Garuda dan sehingga kini, beliau sudah membuat 13 penampilan bersama pasukan kebangsaan.
Bergelar pemain skuad kebangsaan Indonesia pastinya membuatkan seseorang itu tidak akan terlepas daripada menjadi tumpuan para peminat di sana yang cukup fanatik.
Keadaan itu turut dirasai oleh Hubner yang merasakan sambutan menggila daripada para penyokong Indonesia setiap kali beliau ke Jakarta.
“Saya tidak boleh meninggalkan hotel saya (di Indonesia) kerana pasti akan ada orang menunggu saya, berlari ke arah saya. Ke mana-mana saya pergi ia memang satu perkara yang cukup gila.”
“Jika saya pergi ke kedai dan kemudiannya berjalan keluar, mungkin akan ada 100 orang menunggu. Saya adalah idola mereka, jadi mereka menunggu saya, untuk gambar dan mengambil tandatangan,” ujar Hubner menurut sumber laporan Sport Bible.
“Daripada segi media sosial, segala-galanya baru sahaja berkembang dengan begitu pantas. Segala-galanya daripada tawaran jenama (penajaan) juga. Banyak yang datang kepada saya sekarang. Ia adalah impian.”
“Ramai rakan sepasukan di Wolves berjenaka dan berkata, ‘Bolehkah saya menukar pasukan kebangsaan saya kepada Indonesia?’.”
“Tetapi mereka di sini menyokong saya dan gembira untuk saya. Mereka juga mahukan pengikut kerana bagus untuk memiliki ramai pengikut (peminat) tetapi ia bukan tentang pengikut, yang penting adalah saya bermain untuk pasukan kebangsaan dan apa yang datang dengannya adalah benar-benar bagus.”
“Apabila saya kembali ke Eropah, saya seperti menjalani kehidupan saya sendiri, tiada tekanan. Di Indonesia, ada sisi yang cukup gila.”
“Anda tidak mempunyai privasi, ke mana sahaja anda pergi sentiasa ada orang yang merakam anda, ia bagus tetapi juga bagus untuk kembali ke ruang dan privasi anda sendiri.”
“Apabila saya mendarat di Indonesia, saya cuba menyembunyikan diri dengan memakai topi dan bertopeng tetapi ia tidak berhasil kerana mereka mengenali saya.”
Malah, pihak keselamatan dan polis juga mahu bergambar dengan saya. Terdapat 50 hingga 60 orang yang mahu untuk bergambar.
Dalam pada itu, beliau yang masih mempunyai kontrak bersama Wolves hingga 2025 turut mengakui keluarganya juga sudah popular sebaik bergelar warganegara Indonesia.
“Saya membuat akaun Instagram untuk ibu saya dan dia ketika ini dia sudah mempunyai hampir 50,000 pengikut. Semua orang mengenalinya. Kali pertama dia pergi ke Indonesia, dia bertanya mengapa orang mahu bergambar dengannya,” tambah Justin Hubner lagi.