Sejak beberapa hari lepas, kita sudah melihat rekaan kad prabayar Visa TNG yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Siapa sangka kini sudah ada individu yang sudah berjaya mengesan kewujudan penawaran kad ini menerusi aplikasi TNG.

Menerusi forum Lowyat.NET, seorang pengguna dengan nama aniq876 telah berkongsi beberapa gambar tangkap layar yang menunjukkan penawaran kad Visa pada menu utama dan bahagian Servis Kewangan pada aplikasi miliknya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Lowyat.NET

Malah, pengguna juga boleh memilih Dapatkan Kad Sekarang untuk memulakan proses permohonan. Selain itu, kad Visa ini turut membolehkan pengguna untuk menaik taraf dompet digital mereka ke peringkat Premium seperti GO+, Gopinjam, CarInsure dan SafeTrip.

Beliau memaklumkan versi aplikasi TNG miliknya adalah 1.7.88 tetapi tidak semua pengguna versi yang sama mendapat tawaran ciri kad Visa tersebut menerusinya. Nampaknya hanya pengguna tertentu sahaja yang dilihat menerima tawaran tersebut.

Sumber Gambar: Lowyat.NET

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, kad Visa ini bakal hadir tanpa sebarang nombor padanya buat pertama kali di Malaysia. Untuk mendapatkan kad Visa TNG, anda perlu membayar sebanyak RM10 dan akan dikenakan yuran tahunan berjumlah RM8.

Kita mungkin bakal melihat pelancaran kad prabayar Visa TNG dalam masa terdekat ini. Kami bakal berkongsi maklumat lanjut sebaik pelancaran rasmi diumumkan oleh pihak Touch ‘n Go kelak.

Sumber