Influencer Emy Chachacha nafi dia lupa daratan dan lupa jasa isteri lamanya, apabila dia sudah berkahwin baru hanya selepas 8 bulan bercerai.
Menurutnya, selepas dia bercerai sebelum ini, sangat sukar untuk dia hidup solo kerana pernah berkahwin sebelum ini.
“Sebab saya dah pernah berkahwin [sebelum ini]. Jadi apabila saya hidup solo buat sementara itu, ianya mencabar. Hanya orang yang pernah berkahwin memahami betapa sakitnya.
“Bendai ini jodoh, jadi janga tunggu lama lama, kita teruskan sahaja,” tegas Emy Chachacha kepada mStar.
Emy Chachacha menafikan bahawa isterinya yang baru ini memilihnya kerana dia seorang influencer.
“Dia bukan jenis yang memilih saya keran popular. Saya selidik perangai dan tingkahlaku dia macam mana. Nampaklah dia seorang yang ikhlas,” katanya lagi.
Nafi lupa jasa isteri lama
Dia sedar bahawa ramai peminat yang terkejut apabila dia tiba tiba memuat naik video perkahwinannya di media sosial.
Malah ada yang melemparkan pelbagai kata kata ke atasnya termasuk kecaman.
“Saya dah berpisah dengan isteri pertama tu dalam lapan bulan, kemudian bila kongsi gambar kahwin semua terkejut dan tak percaya siap ada yang kata dekat saya macam-macam,” tegas Emy.
Paling sukar dia terima apabila netizen menuduh dia sudah lupa diri apabila sudah terkenal. Dia dituduh lupa jasa isterinya sebelum ini, ketika mereka hidup susah bersama.
Emy Chachacha menambah: “Mereka (netizen) kata saya macam lupa diri bila sudah terkenal dan lupa jasa sewaktu susah senang dengan bekas isteri sedangkan mereka tak tahu apa yang saya lalui pada waktu tu.”
Akhir sekali dia berkata dia tidak mahu membuka kisah lamanya, kerana ianya dikira aib. Dan menasihati netizen tidak membuat andaian dan fitnah tentang isu berkaitan rumah tangganya.